Print this Page

Sejarah Sekolah

 

TAHUN  1826

Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor mula ditubuhkan pada tahun 1826.Pengasas sekolah ialah En David Brown iaitu seorang pemilik ladang di Gelugor.Dimulakan dengan kelas pengajian al Quran, Fardu Ain dan tulisan jawi.Kelas Bahasa Melayu diwujudkan apabila kelas asal Bahasa Melayu di Sekolah Penang Free ditutup.Bangunan asal merupakan sebuah bangsal berbumbung dan berdinding atap nipah serta berlantai papan .Guru Besar pertama ialah En Munshi Shaikh Mohd Tambi.

Terdapat 3 orang guru dan 4 bilik dajah dan menempatkan murid-murid lelaki sahaja daripada darjah 1 hingga 4 Apabila tamat darjah 4, mereka menyambung pelajaran ke Sekolah Penang Free

 

TAHUN  1838

Kerajaan Negeri-negeri Selat mengambil alih pentadbiran sekolah. Sebuah bangunan baru telah didirikan (bangunan A). Guru Besarnya ialah En Munshi Shaikh Mohd Lebai.

 

TAHUN 1920

Sebuah lagi bangunan baru (bangunan B) telah dibina kerana pertambahan murid.  Murid-murid perempuan telah mula dikumpulkan di sekolah ini untuk diajar pelajaran jawi.

 

TAHUN 1924

Sebuah lagi bangunan baru (bangunan C) didirikan berasingan dalam kampung dan di luar kawasan sekolah. Bangunan ini menempatkan 34 orang murid perempuan.à Sekolah ini ditadbir oleh 2 orang guru iaitu Mak Mah dan Mak Salmah.

 

TAHUN 1930

Bangunan D telah didirikan kerana pertambahan murid. Bangunan ini dibina dua tingkat dan dilengkapi dengan lapan bilik darjah. Bangunan A, B dan C telah dirobohkan.Rumah guru telah dibina di atas tapak bangunan A dahulu

 

TAHUN  18 Dis 1941

Sekolah ditutup kerana Peperangan Dunia Kedua apabila askar Jepun mendarat di Pulau Pinang

 

26 April 1942  Sekolah dibuka semula dengan bilangan murid seramai 285 orang.Terdapat 8 orang guru dan seorang Guru Besar iaitu En Omar bin Hj Nasruddin.
1945  Apabila Jepun menyerah kalah, sekolah terpaksa ditutup kembali.
1 Oktober 1945 Sekolah dibuka semula dengan kehadiran 174 orang murid.Sekolah diuruskan oleh Guru Besarnya, En Abdullah bin Yahaya dan 5 orang guru.

 

 

 

1930  Bangunan D telah didirikan kerana pertambahan murid.Bangunan ini dibina dua tingkat dan dilengkapi dengan lapan bilik darjah.Bangunan A, B dan C telah dirobohkan.Rumah guru telah dibina di atas tapak bangunan A dahulu.
18 Dis1941  Sekolah ditutup kerana Peperangan Dunia Kedua apabila askar Jepun mendarat di Pulau Pinang
26 April 1942  Sekolah dibuka semula dengan bilangan murid seramai 285 orang.Terdapat 8 orang guru dan seorang Guru Besar iaitu En Omar bin Hj Nasruddin.
1945 Apabila Jepun menyerah kalah, sekolah terpaksa ditutup kembali.
1 Oktober 1945  Sekolah dibuka semula dengan kehadiran 174 orang murid.Sekolah diuruskan oleh Guru Besarnya, En Abdullah bin Yahaya dan 5 orang guru.

Permanent link to this article: http://sksungaigelugor.edu.my/?page_id=32