Print this Page

Bimbingan Kaunseling

 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SUNGAI GELUGOR

 

2.0 Falsafah

 

Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digemblengkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek inteletual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

 

3.0 Visi

 

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.

 

4.0 Misi

 

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

 

  • Menguruskan program dan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ).
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program Bimbingan dan Kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.

 

5.0 Objektif

 

  1. Memberi khidmat penyuburan dan pengkayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan  menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar.
  1. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti merokok, menagih dadah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku anti sosial.
  1. Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar bermasalah peribadi, akademik, kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka.
  1. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.
  2. Konsultasi staf sekolah dan ibu bapa.

 

6.0  Pendekatan Bimbingan Dan Kaunseling

 

6.1   Pendekatan Krisis

 

Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari kaunselor pelajar dan pihak pentadbir sekolah. Contoh, pelajar yang bergaduh dalam kawasan sekolah, pelajar membuat huru-hara, kejadian histeria dan sebagainya.

 

6.2 Pendekatan pemulihan.

 

Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dikenalpasti dari masa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan pelajar dapat mengubah perlakuan yang melanggar peraturan supaya tidak berlaku sesuatu krisis. Contoh, pelajar ponteng, merokok, melawan guru, merosakkan harta sekolah dan sebagainya.

6.3 Pendekatan Pencegahan.

 

Pendekatan ini berteraskan andaian bahawa sesuatu masalah itu mungkin timbul sekiranya tindakan awal tidak diambil bagi membenteras gejala tersebut, akibatnya ia menjadi semakin runcing. Usaha perlu dijalankan bagi menghalang sesuatu peristiwa itu daripada menjadi lebih rumit. Contoh, ceramah motivasi, taklimat peperiksaan, kempen anti merokok dan sebagainya.

 

 

 

6.4 Pendekatan Perkembangan.

 

     Pendekatan ini merupakan sesuatu usaha untuk mengenalpasti keperluan pelajar di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dinealpasti dan dijelaskan kepada pelajar. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Pelajar diberi peluang untuk mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka. Bidang tumpuan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam pendekatan perkembangan adalah seperti berikut:-

 

 

i.        Perkembangan agama dan moral

 

ii.       Perkembangan psikososisl

 

iii.      Perkembangan kognitif dan afektif

 

iv.      Perkembangan fizikal dan seksual

 

  1. Perkembangan vokasional dan kerjaya.

 

 

7.0        AHLI JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN    KAUNSELING 2013

 

Pengerusi               :        Pn. Zubaidah Begam Bt. Mohamed   Zakaria

Setiausaha              :        Pn. Zaidah Bt. Ibrahim

Ahli Jawatankuasa   :

 

  1. Pn. Siti Sara Binti Ramli
  2. Pn. Hasnoni Binti Hashim
  3. Pn. Yushaniz Bt. Mohd. Yusoff
  4. Pn. Mahani Bt. Eusoff
  5. Pn. Rohani Bt. Arop
  6. Pn. Siti Zubaidah Bt. Othman ( Ketua Guru Disiplin & Pengawas Sekolah & Kelab Pencegahan Jenayah)
  7. Pn. Suwaibah Bt. Othman (Ketua Unit Kebajikan Murid)
  8. Pn. Wong Woan Li ( Penyelaras Tahun 4 & Ketua Unit 3K)
  9. Pn. Devi A/P Jeyaraman (Penyelaras Tahun 1)

10. Pn. Loo Ai Lee (Penyelaras Tahun 2)

11. Pn. Saadiah Bt. Mukhtar Ahmad (Penyelaras Tahun 3)

12. Cik Rohaida Bt. Darus (Penyelaras Tahun 5)

13. Pn. Mahani Bt. Mohamed Eusoff  ( Penyelaras Tahun 6)

14. Pn. Hasnoni Bt Hasim (Guru Pra Sekolah)

15. Semua Ketua Panitia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Permanent link to this article: http://sksungaigelugor.edu.my/?page_id=23