Matematik

Permanent link to this article: http://sksungaigelugor.edu.my/?page_id=1133

BIJAK SIFIR

sifir

TAHUN 6

MATEMATIK TAHUN 6

NOMBOR BULAT HINGGA 7 DIGIT
Menama dan Menulis Nombor 

1. Nombor bulat hingga 7 digit ialah nombor 1 000 000 (satu juta) hingga 9 999 999 (sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan).

2. Menama nombor hingga 7 digit.
  • Menama dan menyebut nombor dengan betul amat penting kerana sebutan yang betul menentukan anda menulis nombor dalam perkataan dengan betul.
  • Namakan nombor berikut dengan betul mengikut warna:

a). 1 354 265 : Satu juta tiga ratus lima puluh
empat ribu dua ratus enam puluh
lima.

b). 3 205 403 : Tiga juta dua ratus lima ribu empat
ratus tiga.

c). 5 009 008 : Lima juta sembilan ribu lapan.

3. Menulis nombor dalam perkataan.

a). Tuliskan 2 114 058 dalam perkataan

Dua juta seratus empat belas ribu lima puluh    
     lapan.

b). Tuliskan 7 200 303 dalam perkataan

Tujuh juta dua ratus ribu tiga ratus tiga.

4. Contoh kesalahan murid semasa menulis nombor dalam perkataan.

4 304 205 : Empat juta tiga puluh empat ribu dua
puluh lima. X salah

Sepatutnya: Empat juta tiga ratus
empat ribu dua ratus lima.

5. Menulis nombor dalam angka.

a). Lima juta dua puluh enam ribu lima ratus tiga.

5 026 503


b). Lapan juta tujuh ribu sembilan puluh dua.

8 007 092
6. Contoh kesalahan murid semasa menulis nombor dalam angka.

Tiga juta dua ratus empat ribu enam ratus dua.

3 2004 6002  X salah
 Sepatutnya: 3 204 602
7. LATIHAN 
a) Tuliskan nombor berikut dalam perkataan.
  •  4 234 765
  •  2 406 207
  •  6 009 400
  •  8 038 009    
b) Tuliskan nombor berikut dalam angka.
  •  Lima juta enam ratus tiga ribu empat puluh   lima
  •  Tiga juta dua puluh lapan ribu enam ratus lima
  •  Tujuh juta lapan ribu sembilan belas
  •  Satu juta dua belas ribu tiga puluh tujuh

 

BUNDARKAN NOMBOR

 

1) Bundarkan nombor 67 123 kepada puluh yang terdekat
6 7 1 2 3
 i) Tandakan rumah nombor yang hendak dibundar.
ii) Lihat pada nombor sebelah kanan.
iii) Jika 0,1,2,3,4 – Nombor pada rumah nombor tidak berubah.
iv) Nombor sebelah kanan tukar kepada sifar dan nombor sebelah kiri tidak berubah.
v) Jawapannya adalah 67120.
2) Bundarkan nombor 67 123 kepada puluh ribu yang terdekat
6 7 1 2 3
 i) Tandakan rumah nombor yang hendak dibundar.
ii) Lihat pada nombor sebelah kanan.
iii) Jika 5,6,7,8,9 – Nombor pada rumah nombor tambah 1
iv) Nombor sebelah kanan tukar kepada sifar dan nombor sebelah kiri tidak berubah.
v) Jawapannya adalah 70 000.