«

»

Jul 19 2014

Print this Post

Hari Anugerah Kecemerlangan Murid 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

              Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Murid  telah berlangsung pada 19 Julai 2014, bersamaan hari Sabtu bertempat di Dewan Terbuka Sk Sungai Gelugor. Majlis tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Objektif Majlis Anugerah Cemerlang diadakan untuk memberi penghargaan oleh pihak sekolah dan PIBG kepada para murid yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum tahun 2014.Majlis diceriakan dengan persembahan nasyid dan bercerita oleh murid.

Majlis telah dirasmikan oleh pegawai dari PPD , En Anuar Bin Ibrahim dan merupakan SIP( School Improvement Partner). .Tahniah diucapkan kepada murid yang telah menerima hadiah serta sijil.Semoga dapat menjadi peransang dan pendorong untuk teruskan usaha menjadi insan yang cemerlang dan maju dalam pelbagai bidang diceburi.Terima kepada Ahli Jawatankuasa Hari Kecemerlangan Murid kerana berjaya melaksanakan program dengan penuh dedikasi .

Permanent link to this article: http://sksungaigelugor.edu.my/?p=1713